Ayat 1000 Dinar
maksud Ayat 1000 Dinar ialah seperti berikut:-
"Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya "Jalan Keluar" dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka. Dan Barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan). Sesungguhnya Dia telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu".
Sadaqallahal'adzim.
Fadilat:-
-> Ribut taufan akan reda jika ketika itu membaca ayat ini. Menjadi
-> pendinding dari segala sihir atau inaya orang. Untuk menahan hujan
-> atau meminta diturunkan hujan. Sebagai pelaris dan pemurah rezeki.
-> Mendapat kemuliaan di sisi Allah s.w.t. Di dunia dan akhirat.
-> Menolak segala kesulitan, dilapangkan dada, ketenangan di dalam pergaulan
masyarakat dan berusaha serta bekerja.
Cara amal,
Selepas solat fardhu dibaca dengan kiraan ganjil 1,3,5,7,9 atau seterusnya.
Jika mempunyai hajat besar hendaklah berpuasa dan berzikir dengan doa
fatihah selepas solat fardhu.
