Thursday, March 10, 2005

Main Sangka Sangka

Manusia hari ini suka bersangka-sangka

Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...

Orang beribadah disangka riak

Orang yang relax disangka malas

Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk

Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sikit disangka diet

Orang baik disangka buruk

Orang buruk disangka baik

Orang senyum disangka mengejek

Orang masam disangka merajuk

Orang bermuzakarah disangka mengumpat

Orang diam disangka menyendiri

Orang menawan disangka pakai susuk

Orang nampak ceria disangka membela

mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa

mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan
mindanya

mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana

ia bakal memusnahkan ukhwah

seperti musnahnya kayu dimakan api..

Satu benda yang kita lihat, macam-macam

kesimpulan yang boleh kita buat.

Semuanya bergantung kepada

bagaimana kita melihatnya.


Teguran dan nasihat itu hendaklah disampaikan secara
rahsia supaya tidak seorang pun yang mengetahuinya
kerana nasihat yang disampaikan di hadapan khalayak
ramai itu bukanlah teguran atau nasihat melainkan
suatu kecemaran yang memalukan.




Sumbangan Rohaya Abdul Wahab.



Balik Ke Hal Ehwal Ugama.

Balik Ke Muka Depan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home